Booom! Boomm!! Mercun Ooo Mercun!

Mercun? Ada apa dengan mercun ni? aku dengar orang duk main mercun sana sini. Yela nak sambut raya.. Tapi jangan la sampai mengganggu ketenteraman orang lain. Mercun itu satu perkara yang menyeronokkan bagi sesetengah pihak. Tapi bukan aku, bg aku ia adalah pencemaran bunyi. Macam2 kes dah jadi. Tiap2 tahun ada ja yang beraya tanpa jari, kaki, mata, tangan dan lain2 anggota badan yang tercedera ketika bermain mercun. Aku lebih suka bermain bunga api. Tak kesah la orang nak gelak ke apa. Tapi selamat dan boleh rasa feel raya yang aku tak penah rasa kecik dulu. Mercun! Boomm! pakat lari lintang pukang. Kalu yang tak sempat lari? Orang melayu zaman sekarang ni kreatif sikit. Tapi kreatif kearah yang tak baik. Pandai buat mercun sendiri lah, pandai main mercun dengan cara2 tertentu. Aku tak paham la. Syok sangat ka main mercun ni? Aku main kecik2 dulu rasa macam buang duit. Tak seronok pun. Buat orang sakit ati, budak terkejut time tengah tidoq ada la.. Bila difikirkan balik, Yang bermain mercun secara agresif ni slalunya remaja. Sesetengah remaja berasa puas hati apabila mendengar letupan yang kuat. Tetapi tidak menghiraukan orang lain. Memang la raya. Tapi raya Bertempat, dan raya itu hari kita bermaaf-maafan. Bukan hari untuk membuat pencemaran bunyi yang mengganggu orang lain. Buangkanlah sifat pentingkan diri sendiri tu yer!
"Fikirkan lah sebaik mungkin apa yang anda lakukan kerana bukan anda sahaja yang Mendengar."

Suggestion or Review are Welcome
EmoticonEmoticon

Extra Information

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...