Banjir Teruk Di Jitra Kedah!

2 November 2010, Selasa, Berikutan Hujan lebat yang melanda kawasan Jitra (daerah Kubang Pasu) selama 3 hari berturut-turut, menyebabkan banjir yang agak teruk bagi saya.

Kejadian bencana alam ini menyebabkan segala aktiviti harian terbatas dan amatlah menyusahkan rakyat setempat. Termasuk Para pelajar Polteknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang terpaksa membatalkan Final exam diorang pada hari ini. Berikutan ialah gambar-gambar dan video yang ditangkap oleh Reporter sukarela Dari POLIMAS (Kamal Asyraf A.K.A BoB)

Taman Seri Murni, Jitra
Mangsa Banjir
Taman seri murni adalah Salah satu tempat yang menjadi mangsa kepada Bencana Alam ini. Lebih malang lagi, Taman ini diduduki oleh ramai Pelajar-pelajar POLIMAS.

Inilah mangsa-mangsa banjir yang dalam kesedihan kerana tidak dapat mangambil FINAL Exam. (Kiri) Kamal asyraf atau lebih mesra dipanggil Bob menyatakan kesedihan nya, "Saya berasa amat sedih, kerana banjir ini, saya terpaksa kehulu kehilir dari semalam. Dan lebih menyedihkan lagi, saya kehilangan 3KILO berat saya.... SEDIH SANGAT!!". Bergitulah Rantapan mangsa banjir yang menjadi wartawan sukarela untuk saya.

Menyelamatkan Diri

Sekeluarga yang menjadi mangsa banjir.
Inilah gambar dimana mangsa-mangsa banjir berpindah untuk berlindung dari banjir. Sungguh pun begini, kita hanya mampu sabar dan redha. Ini semua kehendak illahi. Diharapkan kepada keluarga mangsa terlibat bersabar menempuhi dugaan ini.

Arus Deras
Rumah di taman murni yang ditenggelami air.

Taman Kelubi, Bandar Darul Aman, Jitra
Taman kelubi kelihatan antara yang menerima banjir yang teruk. sehingga setengah dari rumah itu hapus ditengelami air. Mungkin ini ialah peristiwa terburuk yang pernah berlaku disini.

Tasik DarulAman
Inilah Kedaan tasik darul aman yang ditengelamin air sehingga kedatarannya. Gambar ini diambil dari Highway yang ada bersebelahan tasik ini yang turut dinaiki air.

Video Yang direport Oleh BOB!



Terima kasih kepada yang telah memberi kerjasama. Dan diharapkan kepada mangsa-mangsa banjir untuk terus tabah dan bersabar untuk manjalani dugaan yang menimpa tanpa diduga.


"Nothing Perfect In This World"

3 comments

sblom ni pn penah jadi banjir camni...

tapi dah agak lama kot.... huhuk...

Suggestion or Review are Welcome
EmoticonEmoticon

Extra Information

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...